Tuesday, 21 October 2014

CUTI SEMESTER BERMULA

 Salam reader.

Kabare? Sihat? Haha

Entry kali ni aku takde yang nak dituliskan. Cukup lah sekadar tentang cuti semester. Ha'ah, aku dah mula cuti semester dan sem depan aku lonjak masuk semester yang ke-3. Cepat betul masa berlalu.

Masa Final exam hari tu serius kemain susah. Serius, aku tak tipu korang.  Tapi macam mana tak datangnya susah kalau aku sendiri tak rajin membaca, banyak main-main, dan kekadang aku stress.

Cuti sem ni mungkin aku hanya melepak di rumah aje la kot. Hahaha. Aku boleh nak aje kerja, tapi cuti sem ni eloklah aku rehat. Yela masa sem lepas memang aku sibuk memanjang. Takde masa nak rehatkan kepala hotak. Short filem la, assignmet la, berlakon la. Jadi, kalau boleh aku nak rehat. Aku tak kisah kalau ada mulut-mulut puaka kata aku duduk rumah dah macam anak dara. Lantak lah!

Tapi, dalam hati terniat nak kerja yela kan siapa taknak kerja masa cuti ni. Dapat gaji boleh lah menampung pelbelanjaan masa belajar nanti. Tapi buat masa ni aku tak cari kerja dulu, sebabnya aku ada event sastera di area KL. Tapi tak tahu nak gi ke tak.

Kalau cuti ni selain event dan kerja, aku kalau bosan aku layan blog atau tulis puisi puisi yang aku reka merepek merapu dan di post dalam beberapa site sastera. Tapi kalau bosan jugak aku layan TV atau tidur. Simple. Hahaha..

Ada ke penulis luar sana tu malas macam aku ni? Ya kadang-kadang memang aku malas tapi MALAS SANGAT. Aku tampar siapa cakap aku macam tu. Gengster betul aku ni. Haha

Ok tu je lah,. Terima kasih pada awak-awak semua yang sudi membaca entry paling merepek ini.



Saturday, 18 October 2014

PENGALAMAN MENDEWASAKAN KITA



Salam semua, dah lama aku tak tulis apa apa dalam blog ni. So, aku dengan jayanya nak tulis apa apa, merepek merapu dalam blog ni.

Sekarang baru aku tahu betapa susahnya menjadi penulis blog yang aktif menulis dalam blog, kecuali orang yang tiada kesibukan masa seperti suri rumah ke, graduan menganggur ke atau jugak budak malas malas pun boleh jugak menulis blog.

Aku bukan lah penulis yang berkaliber atau 'Power' tapi aku masih baru lagi dalam dunia penulisan ni dan masih belajar. Kawan kawan aku semuanya dah berjaya dan kadang kadang cukup terasa bila diorang kata 'apa aku nak buat dengan kerja menulis ni'. Yela, kerja menulis tak lah sehebat doktor, engineer, pilot, cikgu. Biarkan. Ayat simple aku adalah ' Rezeki ada di mana mana'

Lagipun jadi penulis ni bagi aku power atau hebat sebab menghasilkan sesuatu yang baru dalam penulisan. Yela, Semuanya benda boleh hilang, tapi tulisan takkan hilang. Lagisatu, kerja menulis boleh aje buat kita terkenal macam penulis novel, skrip, penulis sajak dan lain lain.

Untuk menjadi semua itu kena lah cari pengalaman. Contoh buat kumpulan puisi pastu buat puisinya kemudian lagukan. Kita dendangkan pada masyarakat baru la ohsem. Hehehe.

Yela kadang kadanag seorang penulis banyak menghabiskan masa mengembara seluruh tempat tuk mencari sesuatu yang baru kemudian dicoret pada buku hikmatnya.

Seorang penulis tak perlu segan silu untuk kita gelar diri kita penulis pada sesiapa pun, biarkan mereka. Dan penulis harus lah berani tuk tampil gah dipentas seperti bermadah sajak, pantun, lagu puisi pada masyarakat. Kita tunjukkan pada mereka kerja menulis tidak disangka buruk oleh mereka.

Dengan ini semua makanya kita beroleh pengalaman dan tidak rasa gentar. Pengalaman juga mendewasakan kita.

Jauh perjalanan,
Luas pengetahuan,

Monday, 14 July 2014

LAMA TAK UPDATE BLOG KESAYANGAN

Assalamualaikum reader...

Setelah sekian lama blog ini bersarang labah-labah kini mula aktif. Haha..
Lama juga aku tak update blog ini. Sebenarnya kesibukan aku buat aku jarang buka blog. Itu la sebabnya. 
Dan sebenarnya juga aku sibuk mengemas barang-barang untuk pulang kembali ke Universiti. Sibuk teramat sangat dengan assignmet, event-event, showcase dan banyak lagi la :'/

Insyaallah blog ini takkan sunyi, sepi, suram.....

Aku juga tak ketinggalan untuk update puisi-puisi yang aku buat dengan air tangan, tulisan aku. Hehehe..





Kawan/classmate/ bakal penulis 



Hati aku hanya aku dan tuhan saja tahu

Tuesday, 13 May 2014

Bidadari Tanpa Sayap


Salam!

 Lama juga aku tak update entri nie. Maaf kan aku sibuk dengan hal-hal keduniaan.


Bidadari Tanpa Sayap

Kelembutan hatinya membuatku terpana,
Melihat keindahan rembulan,
Sama seperti melihat keindahan wajahnya.

Sungguh kuat dia menghadapi ini semua,
Menghadapi keaadaannya yang begitu nyata,
Merasakan penderitaan yang sendirian,
Dan mengukur penderitaan diatas mimpi.

Walau dia hanya Bidadari tanpa sayap,
Tapi kelembutan hatinyalah yang membuatku merasa 
seperti..................
Berada di atas awan.



Terima kasih....

Monday, 28 April 2014

Erti Sebuah Persahabatan



Salam semua, entri kali ni aku nak share sikit mengenai erti sebuah persahabatan ni.
Tahukah anda-anda semua, betapa pentingnya nilai persahabatan tu pada kita semua.
Tahukah anda?

Selamat membaca.





Dalam dunia ini kita tidak punyai sesiapa,
kecuali diri kita sendiri.
Tetapi, dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.
Sebagai mana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran.
Seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi, kita sering terlupa hal itu.

Bila mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaanya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu malam kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia juga memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.



Disini aku sertakan puisi yang diciptakan oleh aku sendiri. Terimalah Puisi " Tingginya Nilai Persahabatan " 

Sahabat,
Jangan tanyakan siapa diriku
Karena aku hanya insan biasa
Yang membutuhkan seseorang
Seperti dirimu, sahabat.
Penuh dengan ceria dan kehangatan yang indah

Sahabat,
Seorang penentu langkah
Yang membawa diri ikut melangkah
Menjalani hidup yang fana
Penuh dengan derita dan keputusan

Sahabat,
Burung pun tak dapat terbang
Jika tanpa sang induk yang menolong
Begitu pun diriku
Ku tak akan bisa berdiri dan berjalan
Jika tak bertopang
Pada dirimu sahabat



Thanks sudi membaca. Thanks!

Saturday, 26 April 2014

KENANGAN HOUSEMATE SEM 1, UITM PUNCAK PERDANA, SHAH ALAM.


Salam reader, entri kali ini, aku nak cerita tentang kenangan housemate sem 1 dekat Uitm Puncak Perdana, Shah Alam. Oh yeah

Housmate aku ni ade lapan orang. Dua dari kelantan, dua dari selangor dan tiga lagi dari johor. Salah satu yang dari johor tu adalah aku. Luaskan kuasamu Johor! Kakaka. Ok. roommate aku dari selayang, selangor. Dia bagi aku sangat best. Bila dia ada masalah, akulah tempat dia luahkan dia. Apa-apapun, aku bukan gay ok :')

Ada satu babak ni, masa aku tengah syok nak tidur dalam pukul 2 pagi. Katil dia atas dan aku bawah. Masa nak lelap mata, aku dengar dia tengah menangis. Rupanya dia menangis sebab Makwe. Haha. dia anta voice wechat dengan kata macam ni "awak, lama awak menyepi, saya call awak tak angkat, tak sayang saya ke?'". Itulah ayat dia. Haha. sumpah jiwang habis dia masa tu. Aku pulak malas nak campur.




Masa ni tengah makan kat warung mamak seberang Uitm Puncak Perdana. Yang dekat sebelah kanan aku (belah kiri reader) tu memang budak masuk air. Memang kaw-kaw bebudak rumah bahan dia. Hahaha



Sepanjang aku berhousemate dengan diorang ni, banyak kenangan-kenangan pahit dan manis. Contohnya, kemas rumah bersama-sama, buat makan-makan (jamuan kecil untuk kitorang).


Inilah housemate aku, dari kiri, badrul aka awie, alif, eryad, amirul, azizi, shahril, dan depan aku pulak emy.
Banyak kenangan aku bersama dengan diorang ni. Engkorang power.
Gonna miss them. Insyaallah, jumpa diorang sem depan nanti. 

Thanks sudi membaca. Macam biasa, keep rocking, okay?.

PENULISAN

Assalam. Rasa gementarlah pula menulis blog ni. Haha

Oklah, daripada membuang masa baik kita mulakan cerita. Aku mula minat menulis semenjak aku terbaca artikel yang aku lupa nama artikel itu. Aku mula serius minat membaca semenjak aku baca buku apa entah aku sendiri lupa.

Tapi membaca makin kurang dalam diri aku hahahaha. Menulis ini cuma suka-suka saja. Aku bukanlah penulis power dan aku bukanlah penulis yang pembaca akan baca tulisan aku dan membuatkan pembaca itu menjadi fanatik gila babi kat aku. Bukan!

Beginilah, kita teruskan menulis saja. Ok, hambar betul cerita untuk hari ini. 

MY LOVELY SISTER - SYAFAATUSSARA BT SILAHUDIN


My Sister and my idol also







Salam semua!

Ok entri kali ni aku nak bongkarkan rahsia keperibadian kakak aku. Haha
Dia antara adik beradik paling rapat dengan aku diatara adik beradik yang lain.

Namanya Syafaatussara Bt Silahudin. Graduan Universiti Malaya. Masa kat UM dulu dia amik jurusan Biohealth pada peringkat ijazah sarjanah muda. Masa master pulak dia tukar sastera amik pengajian bahasa sehinggalah di peringkat Phd di Leiden University, Holland. Dia tetap dengan pengajian sasteranya.

Kakak aku pernah cakap dekat aku;

"Kalau ayong amik sains pastu kerja kat hospital, memang tak boleh nak rasa puas. Kerja doktor ni kan sibuk memanjang je. Takde nak rilek santai. Sebab tu ayong amik pengajian bahasa. Lagipun ayong minat."

Ok, Kalau engkorang nak tahu kakak aku ni orang-orang industri seni jugak la. Kakak aku ni banyak terlibat event-event sastera yang lebih kepada puisi. Boleh dikatakan kakak aku ni pemuisi jugak la. Tapi dia lebih kepada syair dan irama kesukaannya irama Narasi. Boleh dikatakan syair yang di performnya banyak pakai irama Narasi. Tapi tak la kerap guna irama tu. Tapi aku tak nafikan irama tu kalau dengar melodinya memang power.

Kakak aku ni pernahlah jugak rakam suaranya untuk dijadikan suara latar beberapa rancangan dekat tv. Dan dia juga pernah masuk pertandingan nyanyian bersama geng-geng dia masa kat UM dulu dalam Rentak Juara sekitar tahun 2004 anjuran RTM.

Aku bangga dengan kakak aku. Bagi aku, Kakak aku ni dah berjaya dalam apa jua bidang yang dia dah cuba. Power!

"Ayong, semoga berjaya dalam bidang yang ayong ceburi. Kamil dan sekeluarga bangga dengan ayong. Sayang ayong"


Ok tu je la ceritera entri kali ni. Terima kasih yang sudi membaca. Entah ada ke yang baca? Haha

Stay rock!