Wednesday, 13 April 2016
Hari-hari yang membosankan
Hai, readers!
Ok entry kali ini, aku nak merepek merapu semenjak dah habis pengajian diploma. Power!
Mood habis belajar masih terasa lagi ni. Haha. Sekarang aku tengah cari kerja-kerja yang boleh mendatangkan 'wang'. Yup! Tengah cari kerjalah ni. Gila kau, takkan nak duduk atau mereput je dekat rumah. Tak rock ah macam ni. Haha.
Tapi aku tak tahu nak kerja apa. Banyak tempat aku dah try, tapi...belum ada rezeki lagi agaknya. Takpe, usaha bukan kata. Chaiyok!
Sementara dapat kerja ni, aktiviti kat rumah cuma kemas rumah, basuh pinggan, jemur pakaian, dan menonton rancangan mengarut dekat tv. Haha. Steady jugak aku ni.
Mak aku dah rekemenkan aku untuk kerja dekat kantin sekolahnya, tapi tup-tup pekerja kantin dah penuh. Pastu rekemenkan aku kat koperasi sekolahnya jugak tapi tup-tup dah takde kekosongan. Haha. Sadis gila...
Pada masa yang sama jugak aku buat part time menulis untuk cerpen-cerpen, dan puisi-puisi untuk diterbitkan (Innshaa Allah kalau diterima). Dan kadang-kadang bila dah bosan tahap celaker aku buka blog dan baca blogger orang. Handal betul bebudak blogger bercerita. Kakakaka.
Dan beginilah kehidupan seorang lelaki yang menghabiskan hidup dengan hari-hari yang membosankan. Harap dapat kerja yang baik
Oklah, thanks sudi membaca. Stay rock!
Tuesday, 12 April 2016
Pengajian diploma dah habis!
Hai, readers.
Nak bagitahu ni, aku dah habis pengajian diploma ni woi! Haha...
Alhamdulillah, selepas 2 tahun setengah berperang dengan otak memikirkan tentang assignment, dan berjaga lewat malam dengan misi menyiapkan kerja kumpulan dan individu dan kini ia menjadi satu kenangan untuk aku.
Diploma Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik), itulah nama bidang yang aku amik dekat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Masa mula-mula dapat dulu aku fikir 5 dan 8 kali jugaklah sebab aku tak tahu benda tentang bidang ni. Tapi, aku memang minat tentang penulisan ni, sebab dapat belajar menulis puisi. Aku minat puisi.
Tapi, bila dah masuk bidang ni aiseyman....banyak benda belajar tentang penulisan. Antaranya penulisan skrip, penulisan skrip teater, short film, dan kita juga akan belajar tentang seni lakonan. Aku nak kata, wow! Power betul bidang ni. Haha.
Tapi itulah, semuanya dah berakhir dengan kenangan. Selama 2 tahun setengah dalam bidang ni, macam-macam aku belajar tentang dunia penulisan dan industri seni tanah air. Lecture pun semua tip top dan wow! Hebat! Memang friendly gile.
Apa-apapun, alhamdulillah aku dah habis penganjian ni. Sekarang ni tengah fikir kejap macam mana gaya yang nak digayakan masa konvo nanti. Kakaka.
Apa-apapun, thanks sudi membaca. Stay rock!
Keegoisanmu
Hujan sudah pun turun ke permukaan bumi,
rintik-rintiknya menari-nari di atas tanah yang mekar di tepi welahar,
duduknya seorang lelaki di sebuah pondok kecil lagi usang,
meratapi kerinduan yang memukul-memukul perasaannya.
Lalu bagaimana aku mahu melenyapkan sesebuah hati ini, sayangku?
merindukan dirimu hanyalah sia-sia,
mengenangkan kamu juga hanyalah perkara paling bodoh.
Kau tetap dengan perasaan egoismu itu,
dan membuatkan hatimu menjadi sekeras batu,
lalu menepis setiap kata-kata ketulusan hatiku.
Dan kau memilih untuk pergi,
membawa kesombonganmu,
kau hilang tanpa perkhabaran.
Tapi hati ini sukar melenyapkan perasaan rindu padamu, manisku.
Biarpun kau digelar sebagai mantan,
tapi aku cuba melupakan kemanisanmu,
walaupun sukar.
-Kamil Silahudin
Tuesday, 5 January 2016
REALITI PENULISAN SAJAK
Aku tahu bukan mudah mahu jadi penulis yang power. Ya, aku tahu tak semua karya kita dibaca pembaca.
Ha'ah aku tahu tak semua penulis sajak se'up' novelist yang power berimaginasi. Tapi aku nak engkorang tahu satu perkara ni,
"Penulisan sajak lagi power jujurnya daripada penulisan novel yang penuh dengan kesundalan."
CERITA HARI INI (terserempak dengan Mona)
PAGI
Hari ini hari selasa. Tarikh 5.1.16. Aku bangun tidur. Aku syak bangun dalam pukul 8. Dan kelas pagi tu pukul 9 pagi. Lepas dah mandi, salin baju, dan bersiap-siap semua tu, Aku terus berambus blah pergi kelas dengan member. Fakulti Filem Teater dan Animasi nama fakuti aku. Aku budak penulisan artistik.
Lepas habis kelas dalam pukul 11.50 tengahari tu, aku dan member-member bermuka selamber makan tenghari dekat cafe. Lauk simple, nasi, kuah kari, ayam dan kentang. Simple gila. Harga jangan cakap. Memang cekik hati pelanggan setia cafe ni.
Sambil makan, kitorang berborak-borak. Rancak la jugak. Dalam 15 minit tu kitorang nak blah. Nak blah tu aku terserempak dengan makwe ni. Dia junior aku. Budak penulisan jugak. Aku anggap dia Mona, gadis imaginasi. Aku amik nama Mona sebab nama tu unik dan power. Lagipun pun sebelum ni aku pernah perform puisi tajuk Mona.
Mona tu tak wujud sebenarnya. Tapi dia gadis imaginasi aku. Mona ni perwatakkan dia baik, manja, lemah lembut dan peramah. Dia (junior) ada semua tu.
PETANG
Kelas petang pukul 2. Tengah menuju ke kelas aku terserempak la dengan Mona lagi. Walapun tak bertegur tapi entah. Aku malu nak tegur. Dia kenal aku dan aku kenal dia jugak sebab sebelum ni aku jadi faci untuk satu induction ni. Dia salah sorang budak aku. Haha
Aku tak nafikan yang perasaan aku mengatakan aku dah jatuh hati dekat dia. Tapi kekadang aku terfikir jugak, aku ni layak ke untuk dia? Entah.
Kalau boleh aku nak terserempak Mona selalu.
Friday, 1 January 2016
UNTUK GADIS IMAGINASI
Dia datang membawa sebuah pengharapan,
Dan juga sebuah perasaan,
Dia yang digelar purnama seri alam,
Gadis pemegang asmara keindahan.
Ada manusia menuju ke cakerawala untuk melihat bintang-bintang ciptaan Tuhan,
Ada juga manusia menuju ke puncak Kinabalu merasai dingin,
Tapi aku ingin menuju ke hatimu sayangku,
Memiliki kotak hatimu yang tulus.
Kau umpama hujan dan aku seperti bumi yang gersang,
Kau basahi aku dengan rintik-rintik kasih dan sayang,
Aku cinta kamu.
Ada manusia berjuang mempertahankan tanah airnya,
Ada juga manusia berjuang membela agamanya,
Tapi aku ingin berjuang memilikmu manisku,
Memilikmu dan kita bicara hal-hal kemanisan serta keindahan.
Langit berubah menjadi malam,
Mentari berubah menjadi bulan,
Tapi aku hatiku tak berubah mencintaimu kasihku.
Tidak berubah walau secebis.
Kalau kamu soal padaku apa yang aku mahu miliki dalam dunia ciptaan Tuhan ini,
Aku akan jawab "Aku mahu kamu"
Itu saja.
MANTAN KEKASIH
Hari ini,
Hujan membasahi tanah-tanah yang mekar
Seperti airmataku yang membasahi pipi-pipiku.
Mantan kekasih,
Kau telah musnahkan segala kenikmatan yang kita miliki,
Kau juga telah musnahkan sebuah perasaan,
Dan kau juga telah musnahkan sebuah pengharapan.
Apakah ini satu mainan, untuk kau permainkansebuah kotak hatiku?
Aku rasa aku terlalu bodoh untuk mencintai
perempuan seperti kamu,
Yang tak pernah menghargai ketulusan hati.
Dengar sini, mantan kekasih,
Puisi ini karya terakhir untuk kamu yang
tak pernah menghargai ketelusan hati.
Hujan membasahi tanah-tanah yang mekar
Seperti airmataku yang membasahi pipi-pipiku.
Mantan kekasih,
Kau telah musnahkan segala kenikmatan yang kita miliki,
Kau juga telah musnahkan sebuah perasaan,
Dan kau juga telah musnahkan sebuah pengharapan.
Apakah ini satu mainan, untuk kau permainkansebuah kotak hatiku?
Aku rasa aku terlalu bodoh untuk mencintai
perempuan seperti kamu,
Yang tak pernah menghargai ketulusan hati.
Dengar sini, mantan kekasih,
Puisi ini karya terakhir untuk kamu yang
tak pernah menghargai ketelusan hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)