Wednesday, 13 April 2016

Hari-hari yang membosankan


Hai, readers!

Ok entry kali ini, aku nak merepek merapu semenjak dah habis pengajian diploma. Power!

Mood habis belajar masih terasa lagi ni. Haha. Sekarang aku tengah cari kerja-kerja yang boleh mendatangkan 'wang'. Yup! Tengah cari kerjalah ni. Gila kau, takkan nak duduk atau mereput je dekat rumah. Tak rock ah macam ni. Haha.

Tapi aku tak tahu nak kerja apa. Banyak tempat aku dah try, tapi...belum ada rezeki lagi agaknya. Takpe, usaha bukan kata. Chaiyok!

Sementara dapat kerja ni, aktiviti kat rumah cuma kemas rumah, basuh pinggan, jemur pakaian, dan menonton rancangan mengarut dekat tv. Haha. Steady jugak aku ni.

Mak aku dah rekemenkan aku untuk kerja dekat kantin sekolahnya, tapi tup-tup pekerja kantin dah penuh. Pastu rekemenkan aku kat koperasi sekolahnya jugak tapi tup-tup dah takde kekosongan. Haha. Sadis gila...

Pada masa yang sama jugak aku buat part time menulis untuk cerpen-cerpen, dan puisi-puisi untuk diterbitkan (Innshaa Allah kalau diterima). Dan kadang-kadang bila dah bosan tahap celaker aku buka blog dan baca blogger orang. Handal betul bebudak blogger bercerita. Kakakaka.

Dan beginilah kehidupan seorang lelaki yang menghabiskan hidup dengan hari-hari yang membosankan. Harap dapat kerja yang baik

Oklah, thanks sudi membaca. Stay rock!

Tuesday, 12 April 2016

Pengajian diploma dah habis!


Hai, readers.

Nak bagitahu ni, aku dah habis pengajian diploma ni woi! Haha...

Alhamdulillah, selepas 2 tahun setengah berperang dengan otak memikirkan tentang assignment, dan berjaga lewat malam dengan misi menyiapkan kerja kumpulan dan individu dan kini ia menjadi satu kenangan untuk aku.

Diploma Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik), itulah nama bidang yang aku amik dekat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Masa mula-mula dapat dulu aku fikir 5 dan 8 kali jugaklah sebab aku tak tahu benda tentang bidang ni. Tapi, aku memang minat tentang penulisan ni, sebab dapat belajar menulis puisi. Aku minat puisi. 

Tapi, bila dah masuk bidang ni aiseyman....banyak benda belajar tentang penulisan. Antaranya penulisan skrip, penulisan skrip teater, short film, dan kita juga akan belajar tentang seni lakonan. Aku nak kata, wow! Power betul bidang ni. Haha.

Tapi itulah, semuanya dah berakhir dengan kenangan. Selama 2 tahun setengah dalam bidang ni, macam-macam aku belajar tentang dunia penulisan dan industri seni tanah air. Lecture pun semua tip top dan wow! Hebat! Memang friendly gile.

Apa-apapun, alhamdulillah aku dah habis penganjian ni. Sekarang ni tengah fikir kejap macam mana gaya yang nak digayakan masa konvo nanti. Kakaka.

Apa-apapun, thanks sudi membaca. Stay rock!

Keegoisanmu


Hujan sudah pun turun ke permukaan bumi,
rintik-rintiknya menari-nari di atas tanah yang mekar di tepi welahar,
duduknya seorang lelaki di sebuah pondok kecil lagi usang,
meratapi kerinduan yang memukul-memukul perasaannya.

Lalu bagaimana aku mahu melenyapkan sesebuah hati ini, sayangku?
merindukan dirimu hanyalah sia-sia,
mengenangkan kamu juga hanyalah perkara paling bodoh.

Kau tetap dengan perasaan egoismu itu,
dan membuatkan hatimu menjadi sekeras batu,
lalu menepis setiap kata-kata ketulusan hatiku.

Dan kau memilih untuk pergi,
membawa kesombonganmu,
kau hilang tanpa perkhabaran.

Tapi hati ini sukar melenyapkan perasaan rindu padamu, manisku.
Biarpun kau digelar sebagai mantan,
tapi aku cuba melupakan kemanisanmu,
walaupun sukar.


-Kamil Silahudin