Saturday, 11 November 2023

KEMBALI!

Hai!

Fuhhh. Dah tahun 2023. Dah lama tak taip kat blog ini. Setelah beberapa tahun, maka bulan november 2023 ini terlintas dalam benak nak kembali menulis/taip dalam blog. 

Aku mengakui bahawa kemahiran menulis dah lemah, otak pun dah tepu. Mungkin aku dah tukar bidang yang bukan penulisan kreatif lagi. Kakaka. Tapi aku happy dengan kerja bidang sekarang ini. Aku dah set dalam minda bahawa setiap apa yang kita belajar di universiti, belum tentu dijadikan sebagai kerjaya hidup. Orang kata belajar lain, kerja pun lain. Ok, aku terima cabaran. 

Umur makin meningkat, pengalaman mematangkan kehidupan. Berbuatlah baik dengan sesama bangsa manusia. Oklah, aku ciauu dulu. Ada masa aku taip lagi (ceh dah macam retis). Bye!

Sunday, 3 February 2019

Sedikit Cacatan

Kali ini aku masih kebingungan tentang sebuah rasa yang begitu banyak berlegar di benakku.
Aku menjadi buntu, buntu dan terus buntu. Mungkin aku patut melebarkan sayap dan meninggalkan racun-racun yang menjengkelkan.

Tapi aku tidak berdaya, kerana kalungan yang dihiasi kejujuran dan kudus masih menghantui aku. Aku buntu, buntu dan hingga kini masih lagi buntu. Bila aku mengenangkan kembali, mana mungkin aku mencium mawar yang tidak seharum seperti kebiasaan. Kerana mawar itu telahpun rosak dan bauannya sangat menjengkelkan. Ya, aku tidak pernah menipu pada sukmaku bahawa kesucian jiwa masih melekat pada kebahagiaan yang lalu. Mungkin inilah kesucian cinta. 

Tapi aku bukanlah bodoh atau tidak tahu mana yang tulus, dan mana yang hanyut. Kalau aku minum minuman paling manis, sukmaku akan mati. Kerana minuman itu telahpun diisi racun paling bahaya. Aku bukanlah bodoh yang sering dibonekakan oleh cinta yang palsu. Kerana aku tahu, cinta yang penuh dengan rasa sayang dan kasih pasti akan datang. Ya, ia telahpun datang dan menyemai benih bahagia untuk ditanam ke dalam relungan kalbu.

Tapi kali ini, rumah bahagia perlu dihiasi dengan kejujuran, kesetiaan dan kecintaan. Juga dipagarkan dengan mata-mata kasar agar kesucian sukma tidak menjadi rosak. Dan kali ini, minuman manis yang diberi harus ditapis untuk menjaga ketulusan kalbu. Aku mengharapkan rumah yang sepi dirobohkan, digantikan dengan kota keriangan. Moga kebahagiaan dikibarkan untuk selamanya.


Sunday, 8 January 2017

AKU DAH KEMBALI NI, JAGA-JAGA

Habislah engkorang, setelah sekian lama aku tak menulis blog ni aku dah kembali menulis blog dah. Haha habislah!

Memandangkan aku baru sign in blog ni, aku nak kasitahu engkorang dengan penuh kejujuran! 
Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa dalam blog ni. Kakaka kelakar!

Oklah, oklah!

Kasi aku sign out dulu, Kejap lagi aku tulis blog lagi, Engkorang tunggu je ok? Sambil-sambil tunggu tu layan ler cerita-cerita kpop takpun tengok drama petang-petang untuk engkorang hilangkan bosan tunggu. 

Wednesday, 13 April 2016

Hari-hari yang membosankan


Hai, readers!

Ok entry kali ini, aku nak merepek merapu semenjak dah habis pengajian diploma. Power!

Mood habis belajar masih terasa lagi ni. Haha. Sekarang aku tengah cari kerja-kerja yang boleh mendatangkan 'wang'. Yup! Tengah cari kerjalah ni. Gila kau, takkan nak duduk atau mereput je dekat rumah. Tak rock ah macam ni. Haha.

Tapi aku tak tahu nak kerja apa. Banyak tempat aku dah try, tapi...belum ada rezeki lagi agaknya. Takpe, usaha bukan kata. Chaiyok!

Sementara dapat kerja ni, aktiviti kat rumah cuma kemas rumah, basuh pinggan, jemur pakaian, dan menonton rancangan mengarut dekat tv. Haha. Steady jugak aku ni.

Mak aku dah rekemenkan aku untuk kerja dekat kantin sekolahnya, tapi tup-tup pekerja kantin dah penuh. Pastu rekemenkan aku kat koperasi sekolahnya jugak tapi tup-tup dah takde kekosongan. Haha. Sadis gila...

Pada masa yang sama jugak aku buat part time menulis untuk cerpen-cerpen, dan puisi-puisi untuk diterbitkan (Innshaa Allah kalau diterima). Dan kadang-kadang bila dah bosan tahap celaker aku buka blog dan baca blogger orang. Handal betul bebudak blogger bercerita. Kakakaka.

Dan beginilah kehidupan seorang lelaki yang menghabiskan hidup dengan hari-hari yang membosankan. Harap dapat kerja yang baik

Oklah, thanks sudi membaca. Stay rock!

Tuesday, 12 April 2016

Pengajian diploma dah habis!


Hai, readers.

Nak bagitahu ni, aku dah habis pengajian diploma ni woi! Haha...

Alhamdulillah, selepas 2 tahun setengah berperang dengan otak memikirkan tentang assignment, dan berjaga lewat malam dengan misi menyiapkan kerja kumpulan dan individu dan kini ia menjadi satu kenangan untuk aku.

Diploma Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik), itulah nama bidang yang aku amik dekat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Masa mula-mula dapat dulu aku fikir 5 dan 8 kali jugaklah sebab aku tak tahu benda tentang bidang ni. Tapi, aku memang minat tentang penulisan ni, sebab dapat belajar menulis puisi. Aku minat puisi. 

Tapi, bila dah masuk bidang ni aiseyman....banyak benda belajar tentang penulisan. Antaranya penulisan skrip, penulisan skrip teater, short film, dan kita juga akan belajar tentang seni lakonan. Aku nak kata, wow! Power betul bidang ni. Haha.

Tapi itulah, semuanya dah berakhir dengan kenangan. Selama 2 tahun setengah dalam bidang ni, macam-macam aku belajar tentang dunia penulisan dan industri seni tanah air. Lecture pun semua tip top dan wow! Hebat! Memang friendly gile.

Apa-apapun, alhamdulillah aku dah habis penganjian ni. Sekarang ni tengah fikir kejap macam mana gaya yang nak digayakan masa konvo nanti. Kakaka.

Apa-apapun, thanks sudi membaca. Stay rock!

Keegoisanmu


Hujan sudah pun turun ke permukaan bumi,
rintik-rintiknya menari-nari di atas tanah yang mekar di tepi welahar,
duduknya seorang lelaki di sebuah pondok kecil lagi usang,
meratapi kerinduan yang memukul-memukul perasaannya.

Lalu bagaimana aku mahu melenyapkan sesebuah hati ini, sayangku?
merindukan dirimu hanyalah sia-sia,
mengenangkan kamu juga hanyalah perkara paling bodoh.

Kau tetap dengan perasaan egoismu itu,
dan membuatkan hatimu menjadi sekeras batu,
lalu menepis setiap kata-kata ketulusan hatiku.

Dan kau memilih untuk pergi,
membawa kesombonganmu,
kau hilang tanpa perkhabaran.

Tapi hati ini sukar melenyapkan perasaan rindu padamu, manisku.
Biarpun kau digelar sebagai mantan,
tapi aku cuba melupakan kemanisanmu,
walaupun sukar.


-Kamil Silahudin

Tuesday, 5 January 2016

REALITI PENULISAN SAJAK



Aku tahu bukan mudah mahu jadi penulis yang power. Ya, aku tahu tak semua karya kita dibaca pembaca.

Ha'ah aku tahu tak semua penulis sajak se'up' novelist yang power berimaginasi. Tapi aku nak engkorang tahu satu perkara ni,

   "Penulisan sajak lagi power jujurnya daripada penulisan novel yang penuh dengan kesundalan."