Saturday, 21 February 2015

KARYA CINTA (Purnama)


Dia datang atas nama Purnama,
Adalah seorang perawan yang membawa cinta
yang luhur dan suci.
Lalu disemaikan oleh seorang pujangga,
Dan aku semaikannya.

Mengapa aku semaikannya,
Adakah hanya untuk mainan,
Atau dikala aku sunyi, sepi,
Lalu aku mencarinya, begitu?
Tidak.

Dari matanya aku melihat satu karya
cinta,
Dari mata seorang hawa, yang aku panggil kau,
 Purnama

Bukan kerna rupa, kesesksian, atau nafsu,
Tapi kerna kejujuran dalam dirinya.
Aku cinta dia.
Tiada purnama lain selain dia.
Hanya dia.

Aku tak mahu sesiapa,
Aku hanya mahu.
Hanya kamu, purnama.
Itu Saja.

Kamil Silahudin
Shah Alam


RINDU ( SAYANGKU )


Malam menjelma,
Aku bersendirian hanya bertemankan rindu,
Seperti bulan merindukan matahari.

Apa patut aku katakan padanya aku rindu dia?
Rindu yang kadang kadang sangat kejam pada kenangan.

Apa benar dia merindui aku?
Aku pasti dia merindui aku,
mungkin ya mungkin tidak.

Aku hanya mahu kamu tahu,
Bahawa aku sangat merindui kamu sayangku.



Kamil Silahudin
21.2.15

Friday, 20 February 2015

PEREMPUAN MISTERI

PEREMPUAN MISTERI


Kamu jalan sana sini,
Kadang kadang tempat gelap yang tiada manusia,
Kamu keseorangan disana.

Aku lihat kamu tidak kelihatan senyum walau secebis,
Bibir mu tidak bicara walau sepatah,
Kamu pendiam.

Kamu tidak punya teman,
Keseorangan, sepanjang masa.

Kamu bukan gadis biasa seperti purnama lainnya,
Kamu gadis misteri yang banyak menyimpan rahsia.

Siapa kamu wahai manusia berjantina perempuan ?


Kamil Silahudin
21.2.15