Thursday, 7 May 2015

CERITA LELAKI INI DAN HATI DICURANGI

Ini cerita pertengahan tahun 2013

Satu hari, lelaki ini bercinta dengan seorang perempuan. Mereka belajar di kolej yang sama. Cinta lelaki itu sangat mendalam kepada perempuan itu. Lelaki itu melakukan apa sahaja untuk perempuan itu. Biarpun ketika itu, bahagia tapi derita.

Hampir 2 bulan mereka kapel. Sepanjang mereka kapel, lelaki itu mula curiga kerana perempuan itu sering mempermainkan perasaannya. Sikap acuh tak acuh perempuan itu, lelaki itu masih bersikap cool. Biarpun ketika itu, bahagia tapi derita.

Mereka berjanji akan bersama-sama dan tidak akan tinggalkan antara satu sama lain. Lelaki itu percaya yang perempuan itu masih setia bersama dengannya walaupun mendapat khabar angin yang dia sudah ada yang ketiga.

Cuti semester telah tiba, mereka pulang ke kampung halaman masing-masing. Lelaki itu pegang dengan janji-janjinya untuk tidak berlaku curang. Lelaki itu juga pegang kata-kata setia perempuan itu yang tidak akan meninggalkannya.

Sepanjang cuti semester, perempuan itu acuh tak acuh terhadap lelaki itu. Meseg tidak dibalas, dan panggilan tidak diangkat. Lelaki itu diabaikan.

Seperti pasangan yang lain, lelaki ini juga inginkan perhatian dari seorang kekasih hatinya. Namun, dia diabaikan. Diabaikan dan diabaikan...

Satu hari, perempuan itu menelefon lelaki itu. Perempuan itu mengatakan dirinya tidak ada rasa cinta dengan lelaki itu. Katanya lagi, dirinya bukan perempuan yang sesuai untuk lelaki itu. "Lupakan saya.." ayat terakhir darinya.

Keesokannya, lelaki itu terlihat gambar perempuan itu berpeluk mesra dengan lelaki lain.

Sejak itu, lelaki itu berfikir sejenak bahawa dirinya hanyalah dijadikan tempat hilang bosan oleh perempuan.

Lelaki itu masih tenang dan rileks. Dia bermonolog "Oh begini ke perasaan bila hati kena curang dan ditinggalkan? Bodohnya aku percaya kat perempuan tu. Fuck you!"

2 hari selepas tu, lelaki tu dapat move on. Yeay!

Saturday, 21 February 2015

KARYA CINTA (Purnama)


Dia datang atas nama Purnama,
Adalah seorang perawan yang membawa cinta
yang luhur dan suci.
Lalu disemaikan oleh seorang pujangga,
Dan aku semaikannya.

Mengapa aku semaikannya,
Adakah hanya untuk mainan,
Atau dikala aku sunyi, sepi,
Lalu aku mencarinya, begitu?
Tidak.

Dari matanya aku melihat satu karya
cinta,
Dari mata seorang hawa, yang aku panggil kau,
 Purnama

Bukan kerna rupa, kesesksian, atau nafsu,
Tapi kerna kejujuran dalam dirinya.
Aku cinta dia.
Tiada purnama lain selain dia.
Hanya dia.

Aku tak mahu sesiapa,
Aku hanya mahu.
Hanya kamu, purnama.
Itu Saja.

Kamil Silahudin
Shah Alam


RINDU ( SAYANGKU )


Malam menjelma,
Aku bersendirian hanya bertemankan rindu,
Seperti bulan merindukan matahari.

Apa patut aku katakan padanya aku rindu dia?
Rindu yang kadang kadang sangat kejam pada kenangan.

Apa benar dia merindui aku?
Aku pasti dia merindui aku,
mungkin ya mungkin tidak.

Aku hanya mahu kamu tahu,
Bahawa aku sangat merindui kamu sayangku.



Kamil Silahudin
21.2.15

Friday, 20 February 2015

PEREMPUAN MISTERI

PEREMPUAN MISTERI


Kamu jalan sana sini,
Kadang kadang tempat gelap yang tiada manusia,
Kamu keseorangan disana.

Aku lihat kamu tidak kelihatan senyum walau secebis,
Bibir mu tidak bicara walau sepatah,
Kamu pendiam.

Kamu tidak punya teman,
Keseorangan, sepanjang masa.

Kamu bukan gadis biasa seperti purnama lainnya,
Kamu gadis misteri yang banyak menyimpan rahsia.

Siapa kamu wahai manusia berjantina perempuan ?


Kamil Silahudin
21.2.15