Hujan sudah pun turun ke permukaan bumi,
rintik-rintiknya menari-nari di atas tanah yang mekar di tepi welahar,
duduknya seorang lelaki di sebuah pondok kecil lagi usang,
meratapi kerinduan yang memukul-memukul perasaannya.
Lalu bagaimana aku mahu melenyapkan sesebuah hati ini, sayangku?
merindukan dirimu hanyalah sia-sia,
mengenangkan kamu juga hanyalah perkara paling bodoh.
Kau tetap dengan perasaan egoismu itu,
dan membuatkan hatimu menjadi sekeras batu,
lalu menepis setiap kata-kata ketulusan hatiku.
Dan kau memilih untuk pergi,
membawa kesombonganmu,
kau hilang tanpa perkhabaran.
Tapi hati ini sukar melenyapkan perasaan rindu padamu, manisku.
Biarpun kau digelar sebagai mantan,
tapi aku cuba melupakan kemanisanmu,
walaupun sukar.
-Kamil Silahudin
No comments:
Post a Comment